Jumaat, 25 Februari 2011

Pengawal Peribadi Antara Nyawa Dgn Wang

Assalammualaikum w.b.t & salam sejahtera buat semua,
jika kita melihat tajuk isu kali ini "Pengawal Peribadi Antara Nyawa Dgn Wang" mesti ramai yg akan bertanya mengapa saya memilih tajuk ini.Ramai diantara kita melihat kebanyakkan VIP/Individu yg merasakan diri mereka terancam memakai Pengawal Peribadi ataupun lebih dikenali umum BODYGUARD.

Berapa ramai diantara kita yg sanggup memilih untuk menjadi seorang BODYGUARD?.Berapa ramai diantara kita yg sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga seorang yg langsung kita tidak kenali asal usulnya?.Berbaloikah kita menerima gaji sebanyak RM3000++ demi menjaga nyawa dan harta benda mereka yg dijaga?Jika kita renung,kita selami,memang tidak berbaloi kita menerima gaji sebanyak itu dengan keadaan sekarang sebab gaji itu lah harga sebenar nyawa kita.Tetapi jika kita melihat dari sudut lain,sebenarnya kerjaya sebagai seorang Pengawal Peribadi ini cukup mulia kerana sanggup mengadaikan nyawa serta mengorbankan kepentingan peribadi.Tetapi ada juga segelintir prinsipal yang menggunakan khidmat "samseng" untuk menjadi Pengawal Peribadi dan diatas tindakan segelintir prinsipal yang begini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Pengawal Peribadi,dan ada sesetengah pihak yang menggunakan istilah "anjing" pada mereka yang berkhidmat dalam bidang ini.

Ramai yang berpendapat untuk menjadi seorang Pengawal Peribadi seseorang itu perlu berperwatakan jahat,bengis dan samseng,berbadan besar serta memiliki keberanian jika berlaku pergaduhan diantara Prinsipal dengan musuhnya.Bagi saya,mereka yang berfikiran sedemikian tidak memahami apa itu Pengawal Peribadi.Seorang Pengawal Peribadi kenalah memiliki mental yang kuat kerana jika anda faham tugasan sebenar seorang Pengawal Peribadi selain dari menjaga nyawa Prinsipal yang dikawal,seorang Pengawal Peribadi kena tangkas berfikir dan senantiasa mengambil risiko dalam setiap keputusan yang dilakukan.

Masih ramai lagi mereka yang diluar sana berminat dengan kerjaya ini kerana mereka hanya memandang gaji yang lumayan yang diperolehi oleh seorang Pengawal Peribadi tetapi mereka tidak pernah terfikir akan risiko yang perlu mereka hadapi.Bagi saya,jika ada yang berminat dengan kerjaya Pengawal Peribadi seseorang itu perlulah memiliki ilmu dalam Kawalan Rapat.Dan sekarang ini terdapat beberapa pihak kawalan keselamatan swasta yang memberikan latihan asas Kawalan Rapat Pengawal Peribadi tetapi mereka yang ingin mengikuti latihan yang diberikan ini perlulah memilih dengan bijak untuk mendapatkan ilmu itu.

Perlulah diingatkan kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini secara serius ataupun secara profesional,seseorang itu perlu senantiasa bersedia dari mental dan fizikal.Dan jika anda memilih kerjaya ini kerana inginkan glamour ataupun gaji yang lumayan,anda pasti akan menyesal kerna dalam bidang Pengawal Peribadi ini tidak seindah yang anda lihat di kaca televisyen.Dalam kerjaya ini banyak pengorbanan yang perlu dilakukan,dan yang amat pasti NYAWA menjadi pertaruhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan