Sabtu, 2 April 2011

Kesetiaan

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua,

Apakah yang dimaksudkan dengan "kesetiaan"?."Kesetiaan" merupakan satu ayat yang cukup bermakna bagi seorang yang berkhidmat dalam bidang keselamatan tidak kira dari sektor awam ataupun swasta kerana "kesetiaan" memerlukan disiplin diri yang tinggi serta cara seseorang itu bertindak demi kepentingan org yang disekelilingnya.

Bagi mereka yang menggangap "kesetiaan" itu perlu seperti seekor anjing terhadap tuannya,mereka yg berfikiran begitu bagi saya tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan "kesetiaan".Mengapa perlu samakan dengan seekor anjing?,adakah anjing itu benar-benar setia terhadap tuannya?.Tidak!....Bagi saya "Kesetiaan" adalah satu tanggung jawab yg teramat berat untuk dipikul oleh mereka yang berkhidmat dalam bidang/sektor keselamatan tidak kira pihak kerajaan ataupun swasta kerana untuk mencapai tahap "kesetiaan" memerlukan tahap disiplin diri yg tinggi.

 Bukan niat saya untuk mengatakan bahawa penggunaan "SETIA SEPERTI ANJING" yang sering digunakan oleh sebuah organisasi swasta kepada Pengawal Peribadi mereka itu salah,tapi kan lebih elok jika perkataan itu diubah kerana Pengawal Peribadi yang berkhidmat dalam organisasi mereka itu adalah manusia biasa.Saya tersentak bila ada dikalangan rakan-rakan yang menggunakan istilah itu,bagi saya penggunaan istilah itu terlalu HINA utntuk diberikan kepada seorang Pengawal Peribadi.

KESETIAAN yang diberikan oleh seorang Pengawal Peribadi terhadap prinsipalnya bagi saya tidak berbelah bagi,kerna mereka bukan hanya menjaga keselamatan prinsipal mereka tetapi mereka juga mempertaruhkan NYAWA mereka demi keselamatan prinsipal dan keluarganya. Seperti yang saya katakan sebelum ini,berbaloikah mendapat gaji yang tinggi,glamour tetapi mendapat penghinaan sebegini?. Ini adalah pendapat peribadi saya,bagi organisasi tersebut berhentikanlah mengguna istilah "SETIA SEPERTI ANJING" kerna anjing juga akan mengigit tuannya.

Rabu, 23 Mac 2011

Arah tuju kehidupan

Assalammualaikum w.b.t,

Kali ini saya cuba untuk membawa anda berfikir sejenak,merenung seketika & menghurai persoalan yang berlegar didalam diri sama ada kita sedar ataupun tidak.Pernahkah anda terfikir seketika,"dimanakah arah tuju kehidupan aku?","apa yang aku cuba cari selama ini?","mengapa aku tidak pernah merasa puas?".Persoalan inilah yang senantiasa berlegar dalam diri setiap manusia,apakah sebenarnya yang cuba kita cari dalam perjalanan kehidupan kita selama ini?.

Peristiwa yang saya cuba ceritakan selepas ini benar benar berlaku pada diri saya,saya masih lagi tertanya tanya siapakah orang tua yang datang ke meja makan saya ketika saya sedang makan di sebuah restoran di Bandaraya Kota Kinabalu.Walaupun orang tua tersebut tidak berbual banyak dengan saya tetapi setiap persoalan yang orang tua itu berikan benar benar membuat saya terkejut.

Beliau bertanya kepada saya "dari manakah asal usul kejadian kita?","mengapa Api,Air,Tanah dan Angin sentiasa dikaitkan dengan kita?","mengapa jika tapak tangan kita tercalar ianya tidak meninggal kesan parut,tp jika kulit kita tercalar pasti ianya ajan meninggalkan parut..mengapa?" dan soalan orang tua itu yang terakhir "mengapa manusia sekarang suka mencari alasan bila ditanya sudah kah menunaikan tanggung jawab sebenar kita yang dituntut agama?".Selepas sahaja orang tua itu bercakap,saya cuba untuk mempelawa orang tua itu duduk semeja dengan saya tp malangnya orang tua itu berjalan terus kehadapan dan hilang disebalik orang ramai.

Dan bagi pendapat saya,setiap persoalan yang diajukan kepada saya itu semuanya bersangkut paut dengan perjalanan kehidupan yang kita lalui setiap hari.Sampai masanya,kita tetap kembali ke Tanah dimana disanalah kita akan disemadikan sementara menunggu hari penghitungan.Api & Angin adalah perasaan serta pemikiran kita,jika perasaan amarah kita sukar dikawal ianya umpama Api yang marak dan jika pemikiran kita berubah ubah ianya seolah Angin,dan sebab itu Air diciptakan oleh Allah s.w.t untuk memadam Api yang marak.Sesungguhnya Allah s.w.t mencipta segalanya dengan cukup sempurna,tetapi mengapa masih ada lagi segelintir saudara kita yang berada diluar sana merasakan diri mereka Gah?,sedarkah mereka segala kenikmatan yang mereka nikmati ketika ini hanyalah pinjaman semata mata.


Jika diteliti,semua elemen yang saya katakan tadi memang perlu dalam diri seorang Pengawal Peribadi.Ini kerana untuk menjadi seorang Pengawal Peribadi tidak memerlukan tubuh yang sasa tetapi seorang Pengawal Peribadi perlu pandai mengawal perasaan,tidak akan bertindak secara melulu dan yang paling penting sikap merendah diri dan kesetiaan perlu disemai didalam setiap jiwa insan yang ingin bergelar sebagai Pengawal Peribadi.Ingat,mungkin ada diantara anda yang merasakan apa yang saya katakan ini merapu tapi percayalah akan Hukum Alam.Setiap langkah yang dibuat pasti akan meninggalkan kesan,buruk atau baik jejak yang ditinggalkan akan merungkai segala kemusyikilan yang dicari.Jawapannya hanya ada pada diri sendiri,tidak semua yang dilihat dengan mata itu indah seperti bunga ros,jika dilihat dengan mata kasar bunga ros itu sangat menawan tetapi jika dilihat dengan teliti pasti anda akan terlihat Duri disebalik Kecantikan.

Ahad, 27 Februari 2011

Pertunjukkan Latihan Kemahiran Menembak


Ini adalah sebahagian pertunjukkan latihan kemahiran menembak yang dilatih oleh S.T.S,jurulatih S.T.S merangkap Pengarah Latihan adalah En.Afrol Chew seorang yang berpengalaman luas dalam latihan khas malahan beliau juga merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas serta memiliki pengalaman yang luas.Kemahiran yang ditunjukkan membuktikan bahawa semua pelatih memiliki kemahiran ditahap yang baik serta ketepatan yang sempurna menembak sasaran.

Jumaat, 25 Februari 2011

~darah satria~


Jika kita menghayati lagu ini,baru kita sedar betapa sukarnya untuk melakukan sesebuah pengorbanan.Dan yang pasti kedamaian serta kemewahan yang kita kecapi ketika ini tidak akan berlaku jika tidak ada pengorbanan dari para pejuang yang terdahulu.

Latihan Asas Pengiring Rapat







Selain dari merempuh halangan,latihan daya ingatan pelatih juga diadakan.Tujuan latihan Daya Ingatan ialah untuk melihat sejauh mana pelatih-pelatih cuba untuk mengingati setiap benda yang dipamerkan dalam masa yang tertentu,dari objek yang kecil hingga ke objek yang besar.










Inilah sebahagian dari barangan yang perlu diingat oleh pelatih yang dilatih oleh Security Training Services (S.T.S).Latihan yang dilakukan adalah SULIT oleh itu saya hanya memuat naik beberapa gambar latihan, pelatih dilatih oleh tenaga pakar dalam bidang Iringan Rapat serta berpengalaman luas dalam bidang Keselamatan.Tenaga pengajar dalam S.T.S terdiri dari mereka yang pernah berkhidmat dalam Unit Khas dan memiliki rekod yang cemerlang sepanjang berkhidmat dalam Unit Khas.

Pengawal Peribadi Antara Nyawa Dgn Wang

Assalammualaikum w.b.t & salam sejahtera buat semua,
jika kita melihat tajuk isu kali ini "Pengawal Peribadi Antara Nyawa Dgn Wang" mesti ramai yg akan bertanya mengapa saya memilih tajuk ini.Ramai diantara kita melihat kebanyakkan VIP/Individu yg merasakan diri mereka terancam memakai Pengawal Peribadi ataupun lebih dikenali umum BODYGUARD.

Berapa ramai diantara kita yg sanggup memilih untuk menjadi seorang BODYGUARD?.Berapa ramai diantara kita yg sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga seorang yg langsung kita tidak kenali asal usulnya?.Berbaloikah kita menerima gaji sebanyak RM3000++ demi menjaga nyawa dan harta benda mereka yg dijaga?Jika kita renung,kita selami,memang tidak berbaloi kita menerima gaji sebanyak itu dengan keadaan sekarang sebab gaji itu lah harga sebenar nyawa kita.Tetapi jika kita melihat dari sudut lain,sebenarnya kerjaya sebagai seorang Pengawal Peribadi ini cukup mulia kerana sanggup mengadaikan nyawa serta mengorbankan kepentingan peribadi.Tetapi ada juga segelintir prinsipal yang menggunakan khidmat "samseng" untuk menjadi Pengawal Peribadi dan diatas tindakan segelintir prinsipal yang begini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Pengawal Peribadi,dan ada sesetengah pihak yang menggunakan istilah "anjing" pada mereka yang berkhidmat dalam bidang ini.

Ramai yang berpendapat untuk menjadi seorang Pengawal Peribadi seseorang itu perlu berperwatakan jahat,bengis dan samseng,berbadan besar serta memiliki keberanian jika berlaku pergaduhan diantara Prinsipal dengan musuhnya.Bagi saya,mereka yang berfikiran sedemikian tidak memahami apa itu Pengawal Peribadi.Seorang Pengawal Peribadi kenalah memiliki mental yang kuat kerana jika anda faham tugasan sebenar seorang Pengawal Peribadi selain dari menjaga nyawa Prinsipal yang dikawal,seorang Pengawal Peribadi kena tangkas berfikir dan senantiasa mengambil risiko dalam setiap keputusan yang dilakukan.

Masih ramai lagi mereka yang diluar sana berminat dengan kerjaya ini kerana mereka hanya memandang gaji yang lumayan yang diperolehi oleh seorang Pengawal Peribadi tetapi mereka tidak pernah terfikir akan risiko yang perlu mereka hadapi.Bagi saya,jika ada yang berminat dengan kerjaya Pengawal Peribadi seseorang itu perlulah memiliki ilmu dalam Kawalan Rapat.Dan sekarang ini terdapat beberapa pihak kawalan keselamatan swasta yang memberikan latihan asas Kawalan Rapat Pengawal Peribadi tetapi mereka yang ingin mengikuti latihan yang diberikan ini perlulah memilih dengan bijak untuk mendapatkan ilmu itu.

Perlulah diingatkan kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini secara serius ataupun secara profesional,seseorang itu perlu senantiasa bersedia dari mental dan fizikal.Dan jika anda memilih kerjaya ini kerana inginkan glamour ataupun gaji yang lumayan,anda pasti akan menyesal kerna dalam bidang Pengawal Peribadi ini tidak seindah yang anda lihat di kaca televisyen.Dalam kerjaya ini banyak pengorbanan yang perlu dilakukan,dan yang amat pasti NYAWA menjadi pertaruhan.