Assalammualaikum w.b.t,
Kali ini saya cuba untuk membawa anda berfikir sejenak,merenung seketika & menghurai persoalan yang berlegar didalam diri sama ada kita sedar ataupun tidak.Pernahkah anda terfikir seketika,"dimanakah arah tuju kehidupan aku?","apa yang aku cuba cari selama ini?","mengapa aku tidak pernah merasa puas?".Persoalan inilah yang senantiasa berlegar dalam diri setiap manusia,apakah sebenarnya yang cuba kita cari dalam perjalanan kehidupan kita selama ini?.
Peristiwa yang saya cuba ceritakan selepas ini benar benar berlaku pada diri saya,saya masih lagi tertanya tanya siapakah orang tua yang datang ke meja makan saya ketika saya sedang makan di sebuah restoran di Bandaraya Kota Kinabalu.Walaupun orang tua tersebut tidak berbual banyak dengan saya tetapi setiap persoalan yang orang tua itu berikan benar benar membuat saya terkejut.
Beliau bertanya kepada saya "dari manakah asal usul kejadian kita?","mengapa Api,Air,Tanah dan Angin sentiasa dikaitkan dengan kita?","mengapa jika tapak tangan kita tercalar ianya tidak meninggal kesan parut,tp jika kulit kita tercalar pasti ianya ajan meninggalkan parut..mengapa?" dan soalan orang tua itu yang terakhir "mengapa manusia sekarang suka mencari alasan bila ditanya sudah kah menunaikan tanggung jawab sebenar kita yang dituntut agama?".Selepas sahaja orang tua itu bercakap,saya cuba untuk mempelawa orang tua itu duduk semeja dengan saya tp malangnya orang tua itu berjalan terus kehadapan dan hilang disebalik orang ramai.
Dan bagi pendapat saya,setiap persoalan yang diajukan kepada saya itu semuanya bersangkut paut dengan perjalanan kehidupan yang kita lalui setiap hari.Sampai masanya,kita tetap kembali ke Tanah dimana disanalah kita akan disemadikan sementara menunggu hari penghitungan.Api & Angin adalah perasaan serta pemikiran kita,jika perasaan amarah kita sukar dikawal ianya umpama Api yang marak dan jika pemikiran kita berubah ubah ianya seolah Angin,dan sebab itu Air diciptakan oleh Allah s.w.t untuk memadam Api yang marak.Sesungguhnya Allah s.w.t mencipta segalanya dengan cukup sempurna,tetapi mengapa masih ada lagi segelintir saudara kita yang berada diluar sana merasakan diri mereka Gah?,sedarkah mereka segala kenikmatan yang mereka nikmati ketika ini hanyalah pinjaman semata mata.
Jika diteliti,semua elemen yang saya katakan tadi memang perlu dalam diri seorang Pengawal Peribadi.Ini kerana untuk menjadi seorang Pengawal Peribadi tidak memerlukan tubuh yang sasa tetapi seorang Pengawal Peribadi perlu pandai mengawal perasaan,tidak akan bertindak secara melulu dan yang paling penting sikap merendah diri dan kesetiaan perlu disemai didalam setiap jiwa insan yang ingin bergelar sebagai Pengawal Peribadi.Ingat,mungkin ada diantara anda yang merasakan apa yang saya katakan ini merapu tapi percayalah akan Hukum Alam.Setiap langkah yang dibuat pasti akan meninggalkan kesan,buruk atau baik jejak yang ditinggalkan akan merungkai segala kemusyikilan yang dicari.Jawapannya hanya ada pada diri sendiri,tidak semua yang dilihat dengan mata itu indah seperti bunga ros,jika dilihat dengan mata kasar bunga ros itu sangat menawan tetapi jika dilihat dengan teliti pasti anda akan terlihat Duri disebalik Kecantikan.