Asslammualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua,
mungkin ada segelintir daripada kita yg faham apa itu maksud SECURITY ataupun KESELAMATAN.Berapa ramai diantara kita yg menganggap kerjaya dalam bidang SECURITY ini mulia?,berapa ramai diantara kita yg tahu kerjaya dalam bidang ini juga luas?,berapa ramai diantara kita yang masih memandang hina mereka yg berkerja dalam bidang SECURITY?.Kita sedia maklum bahwa Polis (PDRM),Askar (ATM) adalah mereka yg berkerja dalam bidang keselamatan negara tp tahukah kita mereka yg berkerja dalam bidang SECURITY ini juga merupakan golongan yg mengawal keamanan negara secara tidak langsung?
Ya,kebanyakkan mereka yg berkerja dalam bidang SECURITY ini tidak membawa pistol dan gari,apa yg dibekalkan ialah cota,wisel dan walkie talkie.Tapi tahu kah anda bahawa kerja dalam bidang SECURITY ini sebenar luas?,tidak semestinya memegang cota,wisel dan walkie talkie sahaja tetapi sesiapa yg berkelayakan akan dibekalkan senjata api.Contohnya,jika kita melihat di bank bank seluruh negara sekurang-kurangnya mesti ada seorang Pengawal Keselamatan yg memegang senjata api jenis senapang patah.Itu yg kita lihat secara umum,tp tahukah anda selain dari Pengawal Keselamatan kerjaya dalam bidang SECURITY ini memberi ruang kepada mereka yg berminat dalam kawalan rapat ataupun lebih dikenali sebagai BODYGUARD?.
Mungkin ramai yg berpendapat,untuk menjadi seorang pengawal peribadi seseorang itu perlu menjadi anggota Polis,Askar sbb kebanykkan kita hanya melihat dari mata kasar kita.Tahukah anda,ketika ini ada beberapa syarikat kawalan keselamatan yg menyediakan perkhidmatan Pengawal Peribadi kepada individu/vip yg memerlukan khidmat mereka.Tapi yg menjadi persoalan,mengapa masih ada lagi segelintir menganggap kerjaya dalam bidang SECURITY ini hina?.Pada pendapat peribadi saya,mereka yg berfikiran macam ini harus lebih memahami apa itu konteks SECURITY/KESELAMATAN dan jgn pandang rendah kepada mereka yg memilih untuk mencari rezeki dalam bidang ini sbb mereka juga tergolong dalam golongan yg mengawal keselamatan negara secara tidak rasmi.
Saya akan cuba kupas isu ini dimasa yg lain,perbezaan diantara Pengawal Keselamatan dgn Pengawal Peribadi.